Saturday, January 16, 2010

New Born Baby Girl – Fatin Tihani Binti Muhammad Farid

3.44kg baby girl
Salam semua..

Dah lama blog ni tak terupdate. Disebabkan sikap tuan punya blog yg lemah dalam quick writting + malas + banyak keje perlu settle sebelum besalin + pelbagai alasan lain yg dicipta.

Jadi sekarang ni saya dalam confinement period. Harini dah hari ke-11. Menu saya setiap hari bertukar-tukar – Sup haruan, sup bawal putih, sup kerisi + sayur dan semalam dah start balik dengan solid rice selepas 9 hari pekena kanji. Menu petang n pagi tak lain tak bukan biskut kering cream crakers atau kadang2 diselang selikan dengan roti cicah air atau roti sapu kaya. Alhamdulillah...

Kronologi kelahiran Fatin..

Kronologi kali ni tak sepanjang dan juga tak se tragis semasa kelahiran kakaknya, Syifa dulu. Keadaan berlaku sangat pantas, saya tak terkata apa2 dan terus akur dengan nasihat pakar.

Sejak 4hb Jan, saya ni jadi macam bola. Drpd klinik desa, diarah ke klinik kamunting dan diminta pula ke Hospital Taiping pada 6 Jan. Keadaan ini disebabkan saya minta untuk cuba bersalin secara normal sedangkan belum ada indication sakit nak bersalin walaupun dah hampir tarikh due. 6 Jan saya diminta berjumpa pakar O&G hospital Taiping, Dr Norlia jam 3 petang. Dr Norlia scan dan dapati air ketuban saya dah berkurang dan disebabkan sejarah operation yg lepas, saya diminta untuk menjalani emergency operation esok pagi jam 8. Yang menemani saya ketika itu adalah bapa saya. Tiada suami hendak mengadu atau bertanya pandangan, saya dan abah terus bersetuju dengan nasihat doktor yang juga kawan baik `Mercy Malaysia’ abah saya.

Saya ditolak ke bilik bedah seawal jam 7.30 pagi. Tanpa sempat bertemu suami, saya terus menjalani operasi. Alhamdulillah, terdengar suara baby menangis jam 8.37 pagi. Operation mengambil masa lbh kurang 1 jam setengah. Sebaik keluar, lega..dapat tengok muka suami.

Sakit 4 hari pertama selepas operation Tuhan je yang mengetahui. Tambahan pula bersalin di hospital kerajaan memerlukan kita menjaga sendiri anak tanpa bantuan seawal hari ke-2 selepas bersalin. Bantuan hanya akan tiba ketika waktu melawat. Sakit selepas bersalin saya kali ni rasanya lebih teruk berbanding semasa operation anak pertama dulu. Mungkin sebab operation kali ke-2. Walaumacam manapun, kene ingat, setiap org akan mengalami sakit yang berbeza-beza. Banyak2 lah bersabar dan tetapkan iman supaya perkara tidak diingini tak terjadi. Tapi...bila masuk hari ke-6, selepas urut kampung saya dah tak macam org lepas besalin. Dah boleh pusing sana sini dan meniarap, mandikan baby Fatin, mandikan kakaknya juga. Alhamdulillah, syukur sangat dikurniakan nikmat ini yang saya tak dapat buat pada 4 hari pertama selepas operation.

Tips...kepada yang ingin mencuba dan sesuai...

Bersalin kali ini, disebabkan berpantang di kampung, saya mempunyai sedikit masa terluang untuk memikirkan keadaan kesihatan & kebersihan diri untuk kembali ke keadaan asal. Berikut antara yang saya aplikasikan dan sesuai untuk saya. Untuk orang lain taktaula kan. Antaranya:

1) Menggunakan pad herba. Darah elok terkumpul, tak gatal, sentiasa berangin, rasa sejuk dan selesa.
2) Guna sabun mangosteen (Thai brand) – elak bau badan, bersihkan parut2 hitam yang timbul ketika mengandung akibat perubahan hormon.
3) Guna cream haruan (Har-One brand) bleh beli kat farmasi untuk hilangkan parut2 hitam pada badan.
4) Makan tablet haruan (Har-One brand) untuk penyembuhan luka yang cepat.

Semua ni kuasa Allah SWT. Kita hanya mampu berusaha+berdoa untuk sembuh, segalanya terserahla pada kuasa Allah menentukannya.

Anak kuning (Jaundice)....

Ni satu lagi nak cerita..Fatin pada hari ke-3 dah keluar tanda2 kuning. Sampai harini kuning dia masih ada tapi level kuning tu dah makin turun..Alhamdulillah, tak sampai kene tahan ward. Banyak petua yang saya terima spt beri baby minum air susu kambing, minum air sengkuang cina dan sebagainya. Untuk yang minum/makan masuk dalam perut saya belum sempat mencuba, tapi ada 1 petua yg saya cuba. Sapukan lidah buaya pada ubun2 baby. Alhamdulillah, kuning Fatin makin surut setiap hari selain drpd kerap memberikan susu badan pada bayi.