Thursday, May 3, 2012

What a blast !! Weeehheeeuww

Me workplace aka me workshop
*********************************************************************************
(Petikan dari web I Luv Islam.com)

Daripada Ibn Umar RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang menuntut ilmu kerana selain daripada Allah SWT ataupun menghendaki menuntut ilmu (sebaliknya) selain daripada Allah SWT, maka disediakan tempat duduknya daripada neraka." [HR Tarmizi]

MasyaAllah, jika terpesong niat, maka nerakalah padahnya. Menuntut ilmu bukan untuk lulus, bukan untuk mendapat kerja yang bagus, bukan untuk dikatakan orang yang bijak atau pelbagai lagi niat yang lain melainkan hanya kerana Allah SWT.

Imam syafie pernah berkata "Tidak diperolehi ilmu kecuali dengan bersabar atas kesengsaraan."

Sahabat Rasulullah SAW sendiri menulis jika ingin menuntut ilmu, adakah kita lebih baik dari mereka dengan tidak menulis apa yang dipelajari?

Abu Hurairah berkata: 
"Tidak ada seorangpun daripada sahabat Rasulullah SAW yang paling banyak meriwayatkan hadis kecuali Abdullah bin Amr bin al Asr, maka sesungguhnya dia telah menulis dan aku tidak menulis" [HR Ahmad dan Baihaqi]

 **********************************************************************************

Moral of the entry untuk diri sendiri: Rajinkan diri untuk terus menulis dan menulis artikel ilmiah hasil penyelidikan kerana Allah dan demi kepentingan sejagat dan bersabarlah..:)