Friday, September 6, 2013

Butterfly in stomach ~ Turkey 2013

Istanbul, 2013

Rama-rama tetap nak bertempek kat perut aku walaupun ni merupakan pembentangan kertas kajian aku yang ke-7. Apanakjadida...

N3 ni sebenornye nak promote travel blog sorang pakcik ni. Katanya waris Ibn Battuta. MFS the explorer giteww. Eh yeke?? Mohle kite terrjah ! Klik2 anda mampu menderma ke tabung kembara ilmu beliau :-)

Turkey merupakan sebuah negara yang hebat terutama dengan sejarah dan keseniannya. Disebabkan aku ni sedikit 'buta' sejarah, yang lebih terkesan adalah rekabentuk dan seni ukiran bangunan (terutama masjid) yang sangat amazing. Negara ke-2 yang membuatkan aku terpesona lepas melawat Rome, Italy pada tahun 2007 yang lalu.


Turkey di sempadani oleh 8 buah negara dan di kelilingi oleh 6 buah lautan. Merupakan negara yang berada di dalam lokasi geografi yang sangat-sangat strategik kerana merupakan laluan pertembungan antara Eropah dan Asia (pertembungan 2 budaya - Barat dan Timur). Yang lebih penting dan menarik kalau kita memahami kronologi kelahiran peradaban-peradaban utama antaranya Empayar Byzantine dan Empayar Uthmaniyyah dan melihat hasil tinggalan empayar tersebut dalam setiap aspek.  Jom dengar cerita tentang kehebatan Turkey daripada seorang 'history lover' tahap lover petala ke-7...:P

http://warisalbattuta.blogspot.com/search/label/Turkey

Time kaseyy..