Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Wednesday, April 24, 2013

Her masterpiece


Well done kakak. She won 1st place grand prize for this. So not like mama.
Taman Rekreasi Batu Hampar Lubok Buntar, Kedah


Friday, September 21, 2012

Part 2: Kembara ilmu ke 'Krabi' bersama Tihani & Az Zahra

Here the journey continue..

Krabi or Crabby ?

Krabi, here we come !

Early morning on the second day, after performing Solat Subuh at Masjid Wilayah Krabi, we stopped at a restaurant located in Krabi town at around 7 am (Thai time). I tasted Roti Canai and Nasi Kerabu and they were just perfect for my throat. By the way, entering Thailand means that you should adjust your watch 1 hour later to suit Thai time.

Halal Restaurant selling Roti Canai and variety of Nasi

The next pit stop waz here.

Jee-Or nama tempat ni. Souvenir shop.

Ada tempat berposing kat 'Jee-Or' ni



Test power camera la konon.

Souvenir stalls lagi... Kat sini banyak hasil laut dari cangkerang (shells).

Pusat Penyelidikan Ikan & Penyu, Krabi. 
This place was developed for research purposes besides welcoming the presence of students and public visitors.

Tengok orang bagi makan ikan besar.

Ikan sebesar ni ada dalam kolam tu.

Boleh pegang penyu..

Cow-fish yang camera-friendly

Finally at 1.30 pm, we managed to checked-in our Hotel - Golden Hill Hotel. Our last shower was yesterday's evening. Therefore, the feelings of relaxing was not there to continue the journey. Everybody needs to recharge.

An outskirt hotel with free WIFI
Planning for night activities? Krabi night market in town center only operate on weekends.
Painting the green busker. Seems like he was immune to tickle.

Till we meet again on Part 3 for more exciting and adventurous journey we promise. Bye!


Thursday, September 20, 2012

Part 1: Kembara ilmu 'Selatan Thai' bersama Tihani & Az Zahra

The blog had been silent for quite some times, but not the blog owner. So many things happened these few months and the most touching experiences was when both my kiddos were admitted in ward.  

If I'm not mistaken, some day before Aidilfitri last month, my abah mentioned about Krabi trip. Once heard about 'Krabi' I quickly suggested that I am so much interested to join abah. Frankly, I first heard about Krabi a few month ago when my friend in PSP text-ed me telling that they will be going for a vacation in Krabi bringing all her 5 kids aged between 2 to 7 years old and what impressed me was that they will drive there with they own car. Another thing that struck me at that time was how was she going to handle all her 5 small kids simultaneously. I do some research about Krabi soon after that to know what is special about the place. Got it. I am very sure I will get a new fresh experiences in Krabi. You all gonna know why by following this entry till the end.

Our travel route which took us almost 1500 km (return)



We are not going there by plane, nor by car. Here is our transport.

We traveled in a group of 43 people where 80% of them were the experienced one (pensioners) :). Some of them had traveled to more than 9 countries in Europe and many more in Middle East and Asia. Hurm...inspired me..


The beauty of this journey was it was infused alternately with some short 'tazkirah' by the trip organizer himself (Bro Nik) and VCD ceramah agama Ustaz Azhar Idrus. All the participants were also constantly be reminded of the importance of performing Solat including Solat-Solat sunat apabila menjejakkan kaki ke masjid to get blessings from Allah SWT.  We have visited a number of Masjid in Krabi and also in Phuket Island. Along the way, we were reminded and felt amazed of the greatness of our Creator. MasyaAllah, what a nice journey I've ever had.

Masjid Wilayah Krabi


With some of the trip participants in front of a huge mosque in Krabi.


Passing the Sadao border at nearly 12 am, me and hubby carrying the sleepy kids to stamp our passport. Then, we just passed by Dannok town which is adjacent to Sadao, admiring the foods selling at the stalls along the aisles. Luckily the bus driver stopped in the heart of town center of Hatnyai (around 2 hours journey from Dannok). Imagine what time that was! It was nearly 2.30 am. There were also many Halal stalls selling eye-catching foods and the taste was heaven.

Udang ni 40 Baht per piece = RM 4 saja sekoq

Tak tanya pulak sotong katok ni berapa harga

Pulut durian ni di mana-mana pun ada. But I opted for pulut ayam. Dapat makan 3 kali pulut ayam di sana. Satisfied..hahahaha. Gambar takda la pulak sebab bungkus makan atas bas.

This was the place where bomb blast incident were happened in Hatnyai in April 2012. We already planned for Hatnyai visit with USM teammate a week after the incident, unfortunately it need to be cancelled. Alhamdulillah, Allah had made the best arrangement for us. Stalls that we were having our supper was just in front of these hotels. Indeed, a very strategic place and I guess there will be a lot of Muslims here as there are a lot of Halal foods nearby. Oh Allah, please protect our brothers and sisters here.

Heyya, this is just the end of Part 1. So stay tune with us for more fascinating stories. Let my mama take a deep breathe so that she can compose more stories..:) Lemme tell you one secret. She actually hates writing too long. Come on mama, you can do it.

Am I being a good girl all the way mama?

p/s: Some pictures courtesy from Abg Sham & Kak Fairus - http://www.facebook.com/khishamudin.manap. They provided quality pictures taken using DSLR I guess :)


Saturday, June 2, 2012

It's wonderful being Hafiz/Hafizah Quran

Alhamdulillah, moga yang baik-baik menjadi inspirasi buat anak-anak menjadi hafizah suatu hari nanti...dengan izin Allah. Syifa Az Zahra sangat excited dapat jumpa Ustaz Don Daniyal.

Ustaz muda (27 tahun), sahabat kepada pengantin baru yang merupakan jiran seTaman kami.

Sedikit perkongsian yang dipetik dari blog pelajar Fakulti Syariah,Pengkhususan Fiqh dan Usul Fiqh, Universiti Al-Albayt The Hashemite Kingdom Of Jordan.

Firman Allah SWT ;-
ولقد يسرنا القرءان للذكر فهل من مدكر

"Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al-Quran untuk diingati, maka adakah orang yang menghendakinya? ( Al-Qamar:17 )"

Tiada alasan untuk mengatakan menghafal al-Quran ini payah. Usaha serta doa dan tawakkal kepada Allah pasti akan membuahkan hasil yang diharapkan.

Beliau turut menggariskan kaedah-kaedah yang boleh dikongsikan bersama:

Sebelum menghafal

1. Mempunyai azam dan minat untuk menghafal
2. Memilih waktu yang sesuai untuk menghafal.
3. Memilih tempat yang sesuai untuk menghafal.
4. Berada dalam keadaan tenang.
5. Kosongkan fikiran sebelum menghafal.
6. Pilih sebuah jenis mashaf dan jangan ubah dengan jenis mashaf lain.
7. Beristighfar, membaca selawat dan doa sebelum mula menghafal.
8. Membaca ayat 164 surah AlBaqarah

Sebelum mula menghafal.

Teknik Menghafal

A. Teknik "Chunking"
1. Memisah-misahkan sepotong ayat yang panjang kepada beberapa bahagian yang sesuai mengikut arahan guru.
2. Memisah-misahkan selembar mukasurat kepada beberapa bahagian (2 atau 3 bahagian) yang sesuai.
3. Memisah-misahkan surah kepada beberapa bahagian, contohnya mengikut pertukaran cerita.
4. Memisah-misahkan juz kepada beberapa bahagian mengikut surah, hizib, rubu', cerita dan sebagainya.
5. Memisah-misahkan AlQur'an kepada kelompok surah, setiap 10 juz dan sebagainya.

B. Teknik Mengulang
1. Membaca sepotong atau sebahagian ayat sekurang-kurangnya lima kali sebelum mula menghafalnya.
2. Membaca ayat yang telah dihafal berulangulang kali (10 atau lebih) sebelum berpindah ke ayat seterusnya.
3. Selepas menghafal setiap setengah mukasurat, harus diulang beberapa kali sebelum diteruskan bahagian yang kedua.
4. Selepas menghafal satu mukasurat diulang beberapa kali sebelum diteruskan ke muka surat seterusnya.
5. Sebelum menghafal bahagian AlQur'an seterusnya, harus diulang bahagian yang sebelumnya.

C. Teknik Tumpu dan Ingat
1. Menumpukan penglihatan kepada ayat, mukasurat dan lebaran.
2. Pejamkan mata dan cuba melihatnya dengan minda.
3. Sekiranya masih lagi kabur, buka mati dan tumpukan kembali kepada mashaf.
4. Ulanglah sehingga dapat melihat ayat atau mukasurat tersebut dengan mata tertutup.

D. Teknik Menghafal Dengan Seorang Teman
1. Pilih seorang teman yang sama minat.
2. Orang yang pertama membaca dengan disemak oleh orang yang kedua.
3. Orang yang kedua membaca dengan disemak oleh orang yang pertama.
4. Saling menebuk ayat antara satu sama lain.

E. Teknik Mendengar Kaset
1. Pilih seorang qari' yang baik bagi seluruh AlQur'an atau beberapa qari' bagi surahsurah tertentu.
2. Sebelum mula menghafal, dengar bacaan ayat-ayat yang ingin dihafal beberapa kali.
3. Amati cara, lagu dan tempat berhenti bacaan qari' tersebut sehingga terpahat di fikiran.
4. Mula menghafal ayat-ayat tersebut dengan cara dan gaya qari' tersebut.
5. Sentiasa mendengar kaset bacaan AlQur'an dan kurangkan atau tinggalkan pendengaran lagu kerana ia akan mengganggu penghafalan.

F. Teknik Merakamkan Suara
1. Rakamkan bacaan kita di dalam kaset dan dengar semula untuk memastikan bacaan dan hafalan yang betul.
2. Bagi kanakkanak, rakamkan bacaan ibubapa atau guru kemudian diikuti oleh bacaan kanakkanak tersebut. Minta kanakkanak tersebut mendengar kembali rakaman tersebut beberapa kali hingga menghafalnya.

G. Teknik Menulis
1. Tulis kembali mukasurat yang telah dihafal.
2. Kemudian semak semula dengan mashaf.
3. Menulis setiap ayat pertama awal mukasurat, atau setiap rubu', atau setiap juz, atau setiap surah dalam satu helai kertas.

H. Teknik "Pointers" dan "Keyword"
1. Buat beberapa kotak.
2. Setiap kotak merupakan satu mukasurat.
3. Catit dalam kotak tersebut beberapa perkataan yang menjadi keyword bagi mukasurat tersebut.
4. Merenung dan membayangkan kotak tersebut dalam ingatan.

I. Teknik Menghafal Sebelum Tidur
1. Membaca atau menghafal beberapa potong ayat sebelum tidur.
2. Semasa melelapkan mata, dengar kaset bacaan ayatayat tersebut dan bayangkan posisinya
di minda kita.
3. Dengar kembali dari awal surah, juz atau hizib, atau manamana yang sesuai sehingga ayat yang telah dihafal. Cuba bayangkan ayatayat yang didengar dari kaset di minda kita.

J. Teknik "Mindmaping"
1. Bagi setiap Juz, buat 8 cabang, setiap cabang satu rubu'. Tulis ayat pertama rubu' tersebut dicabangnya.
2. Bagi setiap surah, buat cabang bagi setiap pertukaran cerita atau rubu'.
3. Bagi setiap 10 juz, buat cabang bagi setiap juz, dan cabang yang lebih kecil bagi rubu'.

Mengekalkan Hafalan
1. Jauhi maksiat mata, maksiat telinga dan maksiat hati.
2. Banyak berdoa, terutama waktu mustajab doa seperti ketika berbuka puasa, ketika belayar, selepas azan dan lain-lain lagi.
3. Kerjakan solat hajat kepada Allah.
4. Kerjakan solat Taqwiyatul hifz.
5. Menetapkan kadar bacaan setiap hari, contohnya, selembar, setengah juz, 1 juz dan sebagainya.
6. Membaca pada waktu pagi dan mengulangnya pada waktu malam.
7. Jangan membaca ketika sedang bosan, marah atau ngantuk.
8. Menulis setiap ayat yang mutashabih.

Moga-moga ianya memberi manfaat untuk diri sendiri dan semua.


p/s: Takda TV di rumah lebih baik rasanya.

Friday, May 25, 2012

Unsteady state, low energy level

Mood baru recover sakit..


Wednesday, February 29, 2012

What should be the title?


MFS will be leaving The States tomorrow. Yet, there was a sudden heavy snow in Nevada. In addition, he's not felling well. Good and no so good news for me. All I can do is to pray so that Allah will make the best arrangements for us. Being a single mom isn’t that easy for me. It makes me realize that every kid needs loves and attention from a person called ‘father’. I try to act both (being mom and dad) to them, but I noticed, I failed to do so. I might have strength and perseverance on the first month, but it was progressively diminished as time flown. Besides, the kids sometimes being inconsiderate (how should I put the words in modest way), I myself lose my judgment and deliberation. It was indeed not a fine circumstance to stay longer especially for the grown up kids like ‘em.



 p/s: I noticed that my previous 2 entry was written in Malay. My friend telling me that 'hang dah makan dalam kot buat research paper'..Ehehe.. Well yea, memang makan dalam pun. Since sy ni tak bape pandai Bahasa Inggeris and I have a very poor vocab, it took me ages to put words in a proper sentences. So bila nak tulis blog, I felt like really tired to find English words. Why must I write in English? I did this blog on purpose. Few reasons on the list. To be frank the top reason was to improve my English writing skills and widen my vocab. So guys, don't get me wrong.
 

Thursday, December 29, 2011

Amekkaww !

This morning...

Aku:  Encik, saya student baru Dr ...., boleh saya tau kat mana ultrasonic stirrer?
Technician : (Sambil bawak aku) Yang ni..
Aku: (Awat takdak tempat letak probe ni..) Encik, katmana nak letak probe?
Technician:Yang ni awk letak ja bekas dlm air ni dan kacau sendiri..
Aku: oo...Encik, kat lab ni ada berapa jenis alat untuk mix chemical liquid?
Technician: Kita ada ..bla..bla..bla..
Aku: Saya rasa saya nak guna mechanical stirrer ni lah..boleh dak saya nak guna ni sebagai probe utk kacau? (Sambil bawak keluaq chopstick bamboo..bukan aku nak buat lawak, mmg aku serius nak kacau pakai chopstick tu supaya senang lepaih guna baling tong sampah terus)
Technician: (senyum menyindir) Awk ni student mstr ke phd? Byk benda awk taktau? Awk belajaq kat mana dulu?
Aku: Mintak maap cik, sy tak pernah masuk lab ni. Sy student ..., belajaq dulu kat UTHM & UK . (Buat muka kesian).
Technician: UTHM..ape tu?? Hmmm UK (sambil tersengih)
Aku: UTHM tu kat bla..bla.. (Yalah..Belajaq sampai UK tapi tanya soalan bodoh gamaknye..)
Technician: (Pi masuk bilik dia ambik probe mech stirrer tu tadi). Ni probe dia, tapi selalunya student beli sendiri sebab..bla..bla..bla..(dia dok bagi ceramah dekat 5 minit pasai probe tu). Sy bukan takmau bagi probe ni, tapi lepaih guna kena bagi bersih, licin macam ni jugak.
Aku: (walaweiii....) Takpala encik, saya balik dulu, clearkan dulu saya nak guna yang mana. Byk benda saya nak kena ambik tau lagi ni (aku bercakap dgn penuh rendah diri dan sopan santun sintun).


Huh..baik aku pi beli probe sendiri, silap aribulan probe tu rosak naya aku. Ha..amekkaw, dulu bukan main sedap bg arahan kat student, " ok..awk campur ni campur ni..pastu masukkan filler ni..kacau sekian sekian rpm, set masa 10 minit." Bende senang setakat nak kacau ni pun aku dah kelam kabut.

I do need learning by doing. Skills can't be earned through only by reading. Need to do more field work to test my knowledge.

What a decent therapy I have today.. :)


Wednesday, November 23, 2011

Just chill..

He'll be moving to the States very very soon. Yes, indeed he'll be leaving us for 3 months. The longest period we've ever stayed without him before this was just two weeks. Let's time decide. I hope the kids and I will be able to stay the way we are, though without him around.

Monday, October 10, 2011

She passed the basic conversation

Since I sent SAZ to one of the so called 'International Kindergarten' by the locals in Nibong Tebal, her capability in English Communication is never been tested in front of me. One day, while we were having our late lunch at Dimiral's Grill (western restaurant owned by a Malay Doctor) where the workers (waiters) are all foreigner, SAZ was asked a few questions by them.

Woker: What is your name?
SAZ: Syifa
Worker: How old are you?
SAZ: Five (showing her 5 fingers)
Worker: Do you want ice cream?
SAZ: Yes.. (nodding her head)
Worker: What flavor do you want?
SAZ: Chocolate.

Very well done girl ! I just staring with patience at their conversation. As I know, since little, SAZ is a very shy person especially when confronted with strangers or people she rarely met. She will zip her mouth and looking at me or her father to answer on behalf of her if she was questioned. The above conversation might seem too easy or simple, but for me, she had impressed me a lot with her progress. Besides, she also had impressed me with unexpected answer while we were shopping.

Me: Syifa, you stay here, I want to get something. Pls do not touch anything on the rack okay.
SAZ: Mama, I already touched ..(with big grinned)
Me: My dear..

It is a pleasure to have teachers who had put much efforts to train my SAZ. I mustn't deny that I can't do that not because of not enough time or busy, but truthfully due to my less patience in teaching the kids.

SAZ was sent to Fardhu Ain class from 3 to 5 pm. I'll write more about her progress on the different aspect in future.


"I mustn't feel proud of myself for not able to teach my kids as a real mother does. Please forgive me."

AHAR

Friday, October 7, 2011

To him..

Triple congratulations to you, Mr M** for the glorious year of 2011.

May these achievements boost up your motivation (hmm no, my motivation to be exact) which always fluctuating every day and then..Ehehehe..I know you read my blog, but very sombong to comment on this low class blog..theehehe.. I know la my English is terrible..So beware, I feel jealous u know. I'll make sure i'll be at least at par with you, or beat u one day. Muahaha..just kidding..I know, the more barakah position for me is behind you and also beside the kids. I know, i know..:) I should put efforts on both.

So, what about you do the cooking again tonight and I will fold the bulky unfold clothes..Deal?! (kuang3x...)

**Moral of the story, bersedialah juga sekiranya mendapat ujian dari-Nya atau ditarik nikmat dariNya dan berdoalah agar dijauhkan dari ujian yang tidak tertanggung.
Rasulullah SAW bersabda :-
Barangsiapa yang bangun di pagi hari dan hanya DUNIAWI yang difikirkannya, sehingga seolah-olah ia TIDAK MELIHAT hak Allah dalam dirinya, maka Allah akan menanamkannya 4 penyakit :-
1. KEBINGUNGAN dan KESEDIHAN yang tiada putus-putusnya.
2. KESIBUKAN yang tidak pernah ada habisnya.
3. KEPERLUAN yang tidak pernah terpenuhi.
4. KHAYALAN dan CITA-CITA yang tidak pernah kesampaian.
(Hadis Riwayat Imam Thabrani)
Jarang sy letakkan entry siap dgn hadis macam ni sebab rasa diri ni memang tak layak langsung. Selalunya, pembacaan hanya untuk rujukan & motivasi diri sendiri, bukan untuk dikongsi sebab malu dgn diri sendiri pun tak seberapa. Tapi riwayat kat bawah ni menjadi sumber inspirasi.
Para sahabat r.a bertanya: “Ya Rasullullah s.a.w, kami tidak akan menyuruh orang untuk berbuat baik sebelum kami sendiri mengamalkan semua kebaikan dan menjauhi semua kemungkaran.” Maka Nabi s.a.w bersabda: “Tidak, bahkan serulah orang untuk berbuat baik, meskipun kalian belum mengamalkan semuanya. Dan cegahlah kemungkaran, meskipun kalian belum menghindari semuanya.” (H.R. Thabrani)
~AHAR

Thursday, September 29, 2011

arghhh..sabarr..

Currently facing problems to open my word document...Arghhhhhhhhh!!!

Adakah disebakan faktor banyak software sy sumbat dalam lappy nih. Solid works, matlab, minitab, etc..Belum masuk FEA software lagi. Semuanya men troblesome kan dan menyesakkan keupayaan operasi lappy sy. Semoga lappy saya sihat sampai selesai segala-segalanya. Atau adakah sy perlukan plan B, beli high end PC ??

Kerja saya tergendala hari ini. Sekian...

Eh, jom kita MAKAN dulu !!

Thursday, April 21, 2011

Kerja tak pernah habih..

Bila rasa tertekan dengan kerja research di tengah hari ni...saya pun buka blog saya. Dan saya pun create new post... (Rajin update blog sekarang ni ye)

Kenapa saya mesti stress, ramai lagi org lain di serata ceruk dunia yg lagi susah dan stress dgn macam-macam jenis masalah. Dan saya pun pernah merasa tertekan satu ketika dahulu akibat kepenatan. Hok ni masalah ni saya cari sendiri..sendiri cari penyakit..so takyahla nak mengadu domba.


Shopfloor engineer a.k.a cleaner kehormat (gambar di atas)..heheh.. ketika menuntut MSc di Coventry sekitar tahun 2007 dan 2008.Woke up as early as 6am, tunggu bas kat jalan besar depan rumah untuk ke Woolworth Hypermarket nih. Habis kerja pukul 8.30am, rush naik bas ke Coventry Univ untuk masuk kelas yang start pukul 9am. Memang terkocoh-kocoh, penat jantung makcik ni berfungsi. Begitulah hari-hari selama 5 hari seminggu. Tapi memang slim la..aww..Turun 5kg. Uwekk, nak muntah baca. Andai masa diulang, rasanya takmau buat dah mcm nih. Tapi Alhamdulillah, dalam kelas tak mengantuk pulak dan boleh focus, masa undergrad dulu asyik terrtdo jek dalam kelas. Haipp, bukan semua kelas ye..kelas yang susah nak paham jek..(Yang ni tak bagus, jangan ikut tau)

Karen, promoter kat tempat kerja saya.



Gambar atas ni pulak keje once a week jek. Newspaper distributor-Coventry Observer. Kalau kena distribute hari-hari, mmg saya mintak resign awal2 lah. Itu pun saya banyak ngelat, husband saya yang banyak hantar. Keje ni pun boleh membahayakan jantung anda sebab kadang2 bila kita letak paper ni kat postbox depan pintu, tiba2 anjing menyalak kuat dan lompat kat pintu tu. Memang tekojut den. Keje ni yang bestnya boleh pegi keje bawa anak skali. Yg si kecik berbaju merah dlm gamba tu, itulah pembantu setia saya. Walaupun dalam snow, dia tetap peneman yang setia sambil krup krap krup krap makan biskut tesco. Bila penat, lepak jap kat taman sambil tengok pigeon. Push chair yang saya gunakan untuk letak newspaper tu memang sangat berjasa. Graco brand gedabak besar kan. Dah selamat dah saya jual dekat carboot dengan harga 20pound..Wah..berbaloi-baloi..Kalau ada masa nanti saya letak gambar kenangan berniaga di carboot UK sebelum kami berangkat pulang ke Malaysia untuk let go barang-barang rumah yang tak dibawa balik.

Tinggal kenangan dan pengalaman semua tu..Ok, back to work, 2nd paper to be submitted before 8 Mei.

**Entry motivasi untuk saya kembali semangat bekerja dengan kesenangan yang ada.

Thursday, February 3, 2011

Health is Wealth


One month has gone. 35 months left for us to endure before going back to Johor. That doesn’t mean the test given by Allah on us will impede by the time we move back to Johor. We have to be prepared all the time to strengthen and preserve our iman to be a better person and avoid ourselves from choosing the wrong path. Life is full of uncertainties. Life is full of expectation, fun, up and down. What a life we got. Never been bored!

I had suffered for conjunctivitis since last 8 days. The virus started from my little FT, then goes to me, infects my father then and finally went to MFS. Speedy chain reaction huh… Yesterday was really a tough day for me as my eye felt sharp pain, like my eye ball covered with sand. Uhh… sangat2 pedih… Can’t even open my eyes and I can’t expose my eyes to any source of light too. Tears dropping frequently and it makes me feel uncomfortable to stay close to my kids as I’m afraid I might send the virus to them. Poor them. Due to the bad health condition of me, I managed to get a good quality slept during day time for 4 hours without any interference. Woke up at nearly 6 in the evening, I felt myself very2 worthless for not doing anything all day long. So I plan to cook very simple dish for my family. It took 12 minutes for me to clean the rice, 25 minutes for the raw materials preparation, 30 minutes for cooking (dengan mata tekebil-kebil) and another 15 minutes for hygienic task. Sigh..1 ½ hours for a simple cooking which I used to do it less than 45 minutes usually.

Alhamdulillah, today I am getting a lot better. We went out to have lunch since I have been stuck in the house for health reason. FT’s eyes also have shown recovery. But hang on… while I was typing this entry, my 1st daughter SAZ came to me and ask me to look at her left eye. Ohh dear… Besides giving her medication to avoid more severe eyes, mama can only prays for your good health. After all, we can only plan for the best, but Allah plan is above all. No matter how comprehensive and precise my PhD gantt chart was, I was not the one who can assure that the entire plan can be run smoothly.

~A mother, who is really a mother is never free~

Monday, January 24, 2011

Januari

Walla !! Apa macam new background ? Ok ka.. Mood di pagi hari ni adalah mood untuk letak gambar-gambar yang ceria. Maka inilah hasilnya, fresh veggie! Tadaa.... Kalau blog ni diberi nafas baru pada malam hari, rasanya hasilnya akan bertukar kepada gambar background yang lebih malap warnanya atau gambar-gambar sains & teknologi yang memeningkan kepala sebagai mana tuan blog ni yang sentiasa tak stabil untuk bulan Januari ni..huhuh..Saya akan meneruskan penggunaan bahasa pasar dalam blog ni bagi meringankan jari-jemari saya untuk menaip dengan lebih pantas memandangkan saya ni bukanla penulis blog yang tegarrr yang mana blognya senantiasa di 'cite' atau dijadikan rujukan oleh pembaca.

Tanggal 1/01/2011, barang2 saya selamat mendarat di rumah sewa baru di Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Mendarat menggunakan penggangkutan darat, iaitu lori 20 footer yang sarat tak terperi. Tahniah kepada team lori sebab hasil perancangan logistik yang amat2 baik, semua barang2 berjaya dinaikkan, disumbatkan, dipadatkan dengan jayanya. Kalau saya yang jadi logistik manager saya rasa mesti ada brg yang kene tinggal sebab tak muat. Well done..well done..Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan berbanyak2 terima kasih kepada anak2 didik saya dan suami seramai 12 orang yang bertungkus-lumus membantu mengangkat barang2 kami terutamanya menghadapi cabaran ketika menurunkan almari-almari dari tangga rumah yang curam dan tinggi itu. Gambar memang takdala memandangkan saya sendiri dalam keadaan yang agak kelam kabut menguruskan kakak yang lasak dan adik yang manja tak hengat..

Januari, 3hb merupakan tarikh saya dan suami memulakan pengajian di USM Transkrian. Alhamdulillah proses pendaftaran berjalan dengan lancar. Segala urusan disempurnakan dalam masa lebih kurang 2 jam. Sebaik selesai mendaftar, diberikan opis di bilik post-grad, kami terus kembali ke rumah bagi menyelesaikan urusan2 rumah dan menjaga si kecil FT yang tak sihat sejak kami berpindah. Sehingga ke hari ini, dah 3 minggu fatin masih tak sihat malah bertambah pula dengan 'sakit mata' yang teruk menyebabkan saya juga tidak dapat fokus dgn study sepenuh masa di opis ketika waktu bekerja. Kerja-kerja yang perlu dibuat hasil perbincangan dengan sv dan co-sv dah banyak yang menanti, tapi saya masih belum mendapat rentak. Saya juga diberi tugasan untuk mengajar lab pelajar undergraduate bagi subjek Metallurgy.

Januari juga merupakan bulan kelahiran FT yang pertama, iaitu pada 7/01/2011. Sebijik kek besar SR tu dihabiskan dengan jayanya oleh kakaknya, SAZ dalam masa 3 hari sahaja. Memanglah boleh dikategorikan sebagai penggemar kek tegar. Happy Birthday sayang ! Walaupun adik sambut birthday pertama dalam keadaan tak sihat, tapi adik tetap ceria lari sana sini dan mama dah bagi green light untuk adik pakai kasut kat luar rumah untuk jalan-jalan. Bagi FT, banyak perkara yang saya tak sempat nak risau dari segi perkembangannya memandangkan kebolehannya meniarap, merangkak, berjalan, tumbuh gigi, dan respon lebih cepat berbanding yang saya jangkakan satakat ini.




23 Januari pula rumah Abah n Mama di Taiping dimasuki pencuri ketika mereka berada di KL. Antara barang yang dicuri adalah TV LCD, anniversary coins, jam tgn yang dah rosak, hset yang dah rosak, NESCAFE paket, SUSU PEKAT dan COKLAT dalam peti ais.WHAATTT! susu pekat, nescafe n coklat pun dah jadi bahan curi ke la ni. Oohh ok, mungkin harga barang2 tu pun dah naik sekarang ni yea dan pencuri tak mampu nak beli. Syukur segala duit, brg kemas, dokumen penting abah bawa ke KL. Syukur juga abah dan mama selamat.

Itulah cerita Januari saya..Semoga anda semua mempunyai Januari yang gembira dan bermanfaat.

Gambar bawah adalah anak saudara saya yang terbaru. Adam Faris, anak ke-3 abang & kakak ipar saya. Dilahirkan pada 27 November 2010. Adam dan Fatin sebaya umur mereka. Dua-dua dilahirkan tahun 2010.

Sebaya tapi tak serupa

Adam tengok Fatin. Tunggulah saya besaq esok2..

p/s; ada tips nak cepatkan sembuh sakit mata tak??

Friday, April 30, 2010

kesibukan dunia yang melelahkan..

Tak dak entry sebab..









Bestnya kalau dapat..


zzzzzz.....

Wednesday, April 8, 2009

All happened in a weekend

FRIDAY

1 pm on Friday ~ drove off to Taiping to make sure we arrive on time (Tahlil untuk kenduri my cousin)

7 pm ~ Get there (Rumah Mak Tam). MFS memecut kereta dengan purata kelajuan 150km/jam (nasib baik tak sampai surat saman).

11 pm ~ Tahlil habis, balik rumah opah & wan, terus tersadai kepenatan dan tdo...


SATURDAY

7 am ~ Bangun pagi, pusing2 cruise satu rumah (dah sebulan lebih tak balik kpg)

9.30 am ~ Pegi dewan, persiapan untuk wedding my counsin (Bib)


5 pm ~ Kenduri habis, balik rumah wan & opah

8 pm ~ Layan MU vs Liverpool (best woo..)

11 pm ~ Tito....


SUNDAY

8 am ~ Kemas rumah sikit2, siap2 beg nak balik Johor

11 am ~ Pi pekena mee udang Kuala Sepetang


1 pm ~ Bertolak ke Johor tapi singgah Sabak Bernam tengok anak buah yang baru lahir

4 pm ~ Sampai Sg Besar...Syifa excited dapat tengok baby Nurul Najwa dan jumpa kakak Jiha.


6 pm ~ Bertolak balik ke Parit Raja

12 midnight ~ Sampai rumah...

Saturday, March 7, 2009

Busy mode..

Salam to all..

Ramai gak yang tanya bila nak hapdate blog ni. Tunggu sat na..tengah tunggu gamba2 berkaitan isu-isu terkini daripada member lain. Sebab diri sendiri asyik terlupa nak bawa camera. La ni pun tgh nak dok pulun perabih karnival sukan tak habih2 lagi. Minggu depan kot baru habis. Futsal ngan netball dapat masuk semi final. Tu yang game dok meleret tak sudah. Kaki dah macam hape dah ni. Lebam sana, lebam sini. Ni kes fully utilize total potential energy dah ni. Tak larat dah, pasni nak zzzzzzzz.....

Ni lagi satu saya dok pulun buat jadual waktu untuk jabatan. Bukan boleh buat ikut sesedap hati dan selera macam pilih pizza. Suka2 hati nak pilih piza hawaiian ke, paperoni ke, thai ke, chicken delight ke... Umpama menarik rambut dalam tepung, rambut jgn bagi putus, tepung jgn selerak. Macam mana nak puas kan hati suma org..Lu pk lah sendiri..

Apa cite plak ayam sebelah umah saya nih?? Hmm..Ayam..Ayam..Jom makan ayam goreng!