Thursday, February 19, 2009

mesti ada

Hari ni saya bertekad utk tulis sesuatu dalam blog ni. Plan nak tulis entry pasal my favourite sports. Nak bagi news update pasal sports carnival UTHM yang saya dan kawan2 sertai. Tapi rasanya memang tak sempat lagi sebab byk benda nak cerita. tapi sebagai intro saya letak 1 gamba ni. Kononnya nak praktice upload gamba, macam mana yg belajar semalam.


Pagi masuk ofis pukul 8, terus saya pegi breakfast, after breakfast, perlu ke ofis depan untuk settlekan urusan academic visit ke .....tut....lama jugak urusannye, saya tak sempat utk attend meeting artikulasi pukul 9pagi. Habis urusan saya perlu ke Celcom utk activatekan roaming hphone saya. Dah selesai, dan inila saya ambil sedikit masa utk update my 2nd entry. Tak boleh lama, pukul 2.30 saya ada meeting lagi dan sekarang kene teruskan kerja2 yg masih belum selesai...Sedih semalam tak dapat main dengan anak saya. Petang semalam sukan habis pukul 7, saya ambil syifa di rumah ibu (pengasuh) pukul 7.20ptg. Saya tinggalkan syifa tengok tv di bawah sementara saya mandi n sembahyang maghrib. Bila turun bawah, syifa dah nyenyak tido..Tengah malam pukul 12 saya kejut dia ajak main, ajak do some coloring (dia suka), dia taknak, dia nak tido. Merajuk agaknya. Pagi saya bangun, dia taknak bangun. Saya pergi kerja pukul 8, terus angkat die masuk kereta untuk ke rumah ibu. Dari jauh, syifa hanya lambai tgn. Pasrah untuk ditinggalkan. Hari ni mama akan ambil syifa pukul 7 lagi yea sayang. Abah syifa kursus di Shah Alam, 4 hari. InsyaAllah, malam ni sampai balik. Anak mama jangan sedih lagi yea..

Wednesday, February 18, 2009

My 1st entry

Hello everybody...

Hari ini hari yang bersejarah kerana blog ini telah tercipta. Sewaktu blog ni ditulis, saya sedang mengikuti kursus "Effective Blogging in Teaching & Learning". Selamat membaca dan melayari entry seterusnya...



Apa yang saya buat kat atas tu...Saya sedang test bagaimana cara untuk upload gambar dan edit saiznya. Ini adalah apa yang diminta oleh instructor saya.

Seterusnya...mari kita lihat...

Adakah saya berjaya pula untuk buat hyperlink...UTHM

Yess!!! saya berjaya juga. Adakah ini bermaksud saya telah pandai berblogging ??