Wednesday, November 24, 2010

Take 5..Anak-anakku..

Six items written on my wall sticker to get done. But feel gusto for this cute little entry..:)





Mana satu kakak syifa, mana satu adik fatin ??

Yang penting dua2 pun tombam !

Sunday, July 25, 2010

she'll turn to 7 months next week ~ how time really flies

mama little sweetheart in action...




Note: budak kecik ni sedang practise merangkak. Asyikla tesembam ke depan.

Thursday, July 1, 2010

Aksi 'Kakak' yang baru menginjak ke usia 4 tahun...

28 June 2010....Layannnn....










Selamat Hari Lahir anakku. Semoga menjadi anak yang solehah, sihat, bijak dan menjadi contoh yang baik kepada adik-adik..
~Mama, abah & adik Fatin~

Tuesday, June 29, 2010

Finally ~ after 6 years

As Salam to all..

Tajuk N3 ni menggambarkan kepuasan penulis apabila penantian selama 6 tahun akhirnya berjaya ditunaikan. Semuanya sebab minat yang mendalam penulis terhadap aktiviti ini yang mana, pada tahun-tahun sebelum ini ada saja kekangan yang membuatkan penulis tak dapat menunaikan impiannya itu..Sampailah si penulis ni dah ber anak 2, umur dah nak masuk 30 dan tak sampai 6 bulan pun selepas caesarian anak ke-2, si penulis tetap berdegil... Akhirnya pada tahun 2010, tercapai salah satu impiannya.

Mewakili UTHM ke SUKUM-35. Kepada yang tak tahu apa itu SUKUM, SUKUM ialah sukan staf universiti Malaysia yang mana pada kali ini diadakan di USM, Penang.
Gelanggang Tenis USM

Player single wanita yang diraikan (keh3x)


Tennis team bergembira meraikan kejayaan sebagai Johan kumpulan dan seterusnya layak ke suku akhir. Kejayaan menumpaskan IIUM merupakan kejayaan paling bermakna setelah berhempas pulas dalam game yang memakan masa 2 1/2 jam, matahari tegak atas kepala..huhuhu..


Barisan pemain badminton wanita UTHM


Badminton pula menjadi Naib Johan Kumpulan seterusnya melayakkan pasukan ke pusingan ke-2. Menjadi sejarah kepada penulis apabila main dalam keadaan pressure sambil air mata bercucuran (kena marah ngan coach, hehhee..) dan akhirnya tumpas dalam rubber set...Tapi lepas main gelak balik dan lupa segala tekanan.


Baby sitter yang sangat setia...Time kasih yea Mr MFS..Jasamu menjaga anak-anak selama 5 hari akan sentiasa dikenang...tahun depan booking lagi yea..ngeheheeheee..My treasure ni akan dibawa ke mana-mana sahaja mama pergi..


Dan paling utama, budak kicik ni akan berkepit dengan mama setiap malam. Kalau tak, memang tak bole tdo wooo..

Sekian....

Friday, April 30, 2010

kesibukan dunia yang melelahkan..

Tak dak entry sebab..









Bestnya kalau dapat..


zzzzzz.....

Saturday, February 6, 2010

Signal from Taiping

Wahai SUAMI renungkanlah
Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah
Tidaklah setaqwa Aisyah Tidaklah setabah Fatimah
Justeru,Isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah..
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya
Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanyaIsteri adalah murid, kamu mursyidnya
Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya
Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya
Setika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya
Seandai isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya
Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita, perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t kerana
Memiliki isteri yang tak sehebat mana
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEH.Amin.

Wahai ISTERI pula renungkanlahPernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad s.a.w.
Tidaklah setaqwa Ibrahim
Tidak setabah Ayyub
Tidak segagah Musa
Apalagi setampan Yusuf
Justeru Suamimu hanyalah lelaki akhir zamanyang punya cita-cita membangun keturunan yang soleh
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya
Suami nakhoda kapal, kamu pengemudinya
Suami bagaikan pelakon yang nakal, kamu adalah penonton kenakalannya
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya
Sekira suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya
Seandainya suami bengis lagi lancang, sabarlah memperingatkannya
Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t. kerana
Memilik suami yang tak segagah mana..
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga
Bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEHAH
Amin.Justeru itu wahai SUAMI dan ISTERI Jangan menuntut terlalu tinggi
Seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya
SUAMI dan ISTERI ingatlah: Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah
Andai diri tidak semulia Rasulullah s.a.w.
Tidak perlu isteri secantik Balqis Andai diri tidak sehebat Sulaiman
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusuf Seandai kasih tak setulus Zulaikha
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim Andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.


OK2..Straight to the point. Mr MFS, tolong balik ye weekend ni. 'KAMI' merinduimu...ting,tong.

Wednesday, February 3, 2010

More and more to share...


The intention of putting this entry is mainly to share my experiences and observations towards baby’s care and nursing which I have gone thru. There are few points that I think super important to be shared especially with mommy and daddy to be or the young one. Again I stress, the points are based on EXPERIENCES and OBSERVATIONS. I might be wrong, but it’s proven to my daughters. .hehehe… Anyone disagree, please let me know and I will always admit my mistake. So, Here we go…

Kebiasaannya ibu-ibu baru akan berasa hairan anak yang baru lahir tak tido lena atau kejap2 terjaga. Ibu/bapa akan akan bertambah kelam kabut bila anak menangis tak berenti walaupun ibu rasa dah lama dah menyusukan anak dengan susu badan.
So..if we faced with this kind of situation, jangan biarkan anak menangis terlalu lama sebab anak berkemungkinan akan mengalami demam panas selepas itu. Boleh cuba dulu tips-tips ni, kalau tak jalan jugak, maka bergegaskan untuk mendapatkan nasihat/rawatan Doktor bertauliah…

Ø Cek perut anak samada kembung atau tak. Kalau kembung, macam prosedur biasa, sapukan minyak telon atau minyak yuyi cap limau kat perut. Jgn banyak nanti panas. Saya gunakan minyak yuyi untuk anak2 saya. Kalau minyak pun tak jalan, golek2 kan perut baby di kepala lutut kita. InsyaAllah anak akan mengeluarkan bunyi `brooot...’tak lama lepas tu dan boleh tido lena. Cara pegang anak sambil golek2 kat lutut tu tak dapat la nak buat praktikal dlm entry ni.


Ø Bukan sebab kembung, tapi badan anak terasa panas. Cek suhu badan anak dulu. Kalau dok kat Mesia ni, cuaca dah semakin panas, walaupun di malam hari. Jadi, rasanya tak perlulah nak gulung anak dengan kain berlapis-lapis, tak cukup pulak tu nak selimut lagi. Sian anak kepanasan. Sebab tu lah tdo pun tak lena, merengek-rengek. Tak percaya, kalau kat rumah tu panas dan takde aircond pulak, cuba bawa anak naik keta pasang aircond `pusing2 round'(bak kata syifa). Test tengok, anak tido ke tak. Kalau rumah takde aircond, pasang kipas pun tak jalan, bedung lah anak dengan kain lampin tanpa memakai baju dan seluar. Cukup sekadar pampers dan kain lampin bedung.


Ø Kalau bukan sebab kembung atau kepanasan, common problems yang dihadapi oleh ibu-ibu yang melahirkan anak-anak yg besar (saya la tu) adalah masalah tak cukup susu badan. Rasanya semua org tahu, susu badan ada, anak kena selalu hisap supaya susu akan generate lebih banyak. Saya setuju dan sebenarnya, bukan masalah susu tak cukup, tp pada awal kelahiran bayi kadang-kadang puting susu kita tersumbat. Susu berkumpul sampai bengkak, tapi tak dapat keluar laju. Anak pun dah penat menghisap, last2 tertido atau meronta tanpa kenyang sepenuhnya. Untuk mengatasi masalah ni, bolehla dapatkan khidmat mengurut drpd bidan yg pakar. Kalau susu tak cukup jugak, anak menangis tak berhenti, pandangan peribadi saya, belila juga susu formula (back up) untuk menampung susu yg tak cukup tu. Takkan nak biar je baby nangis tak berenti atau takkan nak biarkan kita keletihan tak tido malam. :)

Bagi yang ingin menggunakan botol susu, cubala dapatkan botol susu anti-colic yg byk terdapat di pasaran sekarang. Saya gunakan botol Dr Brown’s dan juga Anakku Anti Colic Bottle. Banyak lagi brand2 lain di pasaran. Boleh cuba jaya mana yg paling sesuai.

Kadang-kadang, bila baby ni dah dimulakan dengan susu formula ’melalui botol’, kita jadi malas nak bagi susu badan. Cuba elakkan dengan cara mengepam susu badan kita selalu untuk elakkan susu badan terus kering. Saya gunakan breast pump Avent manual yang memang bagus dan menyenangkan (credit to Siti yg tolong belikan kat e-bay). Kalau alat pump tak selesa pun akan jadi faktor kita malas nak pump. Akhirnya susu badan terus kering. Sian anak kena minum susu lembu je.

Hmm..apa lagi yea...Setakat ni dulu yang saya ingat. Kalau ada lagi saya akan create entry lain bertajuk more and more and more to share.

This entry is specially dedicated to all my friends and colleague who is mother and father to be very soon. Anak adalah anugerah dan harta yang tidak ternilai harganya pemberian Yang Maha Esa. Semoga kita sama-sama dapat menjaga anugerah ini dengan sebaik-baiknya.

Anak sekecil ini, suci dan bersih..tanggungjawab ibu bapa mencorakkan mereka

~A mother, who is really a mother, is never free~
AHAR

Saturday, January 16, 2010

New Born Baby Girl – Fatin Tihani Binti Muhammad Farid

3.44kg baby girl
Salam semua..

Dah lama blog ni tak terupdate. Disebabkan sikap tuan punya blog yg lemah dalam quick writting + malas + banyak keje perlu settle sebelum besalin + pelbagai alasan lain yg dicipta.

Jadi sekarang ni saya dalam confinement period. Harini dah hari ke-11. Menu saya setiap hari bertukar-tukar – Sup haruan, sup bawal putih, sup kerisi + sayur dan semalam dah start balik dengan solid rice selepas 9 hari pekena kanji. Menu petang n pagi tak lain tak bukan biskut kering cream crakers atau kadang2 diselang selikan dengan roti cicah air atau roti sapu kaya. Alhamdulillah...

Kronologi kelahiran Fatin..

Kronologi kali ni tak sepanjang dan juga tak se tragis semasa kelahiran kakaknya, Syifa dulu. Keadaan berlaku sangat pantas, saya tak terkata apa2 dan terus akur dengan nasihat pakar.

Sejak 4hb Jan, saya ni jadi macam bola. Drpd klinik desa, diarah ke klinik kamunting dan diminta pula ke Hospital Taiping pada 6 Jan. Keadaan ini disebabkan saya minta untuk cuba bersalin secara normal sedangkan belum ada indication sakit nak bersalin walaupun dah hampir tarikh due. 6 Jan saya diminta berjumpa pakar O&G hospital Taiping, Dr Norlia jam 3 petang. Dr Norlia scan dan dapati air ketuban saya dah berkurang dan disebabkan sejarah operation yg lepas, saya diminta untuk menjalani emergency operation esok pagi jam 8. Yang menemani saya ketika itu adalah bapa saya. Tiada suami hendak mengadu atau bertanya pandangan, saya dan abah terus bersetuju dengan nasihat doktor yang juga kawan baik `Mercy Malaysia’ abah saya.

Saya ditolak ke bilik bedah seawal jam 7.30 pagi. Tanpa sempat bertemu suami, saya terus menjalani operasi. Alhamdulillah, terdengar suara baby menangis jam 8.37 pagi. Operation mengambil masa lbh kurang 1 jam setengah. Sebaik keluar, lega..dapat tengok muka suami.

Sakit 4 hari pertama selepas operation Tuhan je yang mengetahui. Tambahan pula bersalin di hospital kerajaan memerlukan kita menjaga sendiri anak tanpa bantuan seawal hari ke-2 selepas bersalin. Bantuan hanya akan tiba ketika waktu melawat. Sakit selepas bersalin saya kali ni rasanya lebih teruk berbanding semasa operation anak pertama dulu. Mungkin sebab operation kali ke-2. Walaumacam manapun, kene ingat, setiap org akan mengalami sakit yang berbeza-beza. Banyak2 lah bersabar dan tetapkan iman supaya perkara tidak diingini tak terjadi. Tapi...bila masuk hari ke-6, selepas urut kampung saya dah tak macam org lepas besalin. Dah boleh pusing sana sini dan meniarap, mandikan baby Fatin, mandikan kakaknya juga. Alhamdulillah, syukur sangat dikurniakan nikmat ini yang saya tak dapat buat pada 4 hari pertama selepas operation.

Tips...kepada yang ingin mencuba dan sesuai...

Bersalin kali ini, disebabkan berpantang di kampung, saya mempunyai sedikit masa terluang untuk memikirkan keadaan kesihatan & kebersihan diri untuk kembali ke keadaan asal. Berikut antara yang saya aplikasikan dan sesuai untuk saya. Untuk orang lain taktaula kan. Antaranya:

1) Menggunakan pad herba. Darah elok terkumpul, tak gatal, sentiasa berangin, rasa sejuk dan selesa.
2) Guna sabun mangosteen (Thai brand) – elak bau badan, bersihkan parut2 hitam yang timbul ketika mengandung akibat perubahan hormon.
3) Guna cream haruan (Har-One brand) bleh beli kat farmasi untuk hilangkan parut2 hitam pada badan.
4) Makan tablet haruan (Har-One brand) untuk penyembuhan luka yang cepat.

Semua ni kuasa Allah SWT. Kita hanya mampu berusaha+berdoa untuk sembuh, segalanya terserahla pada kuasa Allah menentukannya.

Anak kuning (Jaundice)....

Ni satu lagi nak cerita..Fatin pada hari ke-3 dah keluar tanda2 kuning. Sampai harini kuning dia masih ada tapi level kuning tu dah makin turun..Alhamdulillah, tak sampai kene tahan ward. Banyak petua yang saya terima spt beri baby minum air susu kambing, minum air sengkuang cina dan sebagainya. Untuk yang minum/makan masuk dalam perut saya belum sempat mencuba, tapi ada 1 petua yg saya cuba. Sapukan lidah buaya pada ubun2 baby. Alhamdulillah, kuning Fatin makin surut setiap hari selain drpd kerap memberikan susu badan pada bayi.