Wednesday, February 3, 2010

More and more to share...


The intention of putting this entry is mainly to share my experiences and observations towards baby’s care and nursing which I have gone thru. There are few points that I think super important to be shared especially with mommy and daddy to be or the young one. Again I stress, the points are based on EXPERIENCES and OBSERVATIONS. I might be wrong, but it’s proven to my daughters. .hehehe… Anyone disagree, please let me know and I will always admit my mistake. So, Here we go…

Kebiasaannya ibu-ibu baru akan berasa hairan anak yang baru lahir tak tido lena atau kejap2 terjaga. Ibu/bapa akan akan bertambah kelam kabut bila anak menangis tak berenti walaupun ibu rasa dah lama dah menyusukan anak dengan susu badan.
So..if we faced with this kind of situation, jangan biarkan anak menangis terlalu lama sebab anak berkemungkinan akan mengalami demam panas selepas itu. Boleh cuba dulu tips-tips ni, kalau tak jalan jugak, maka bergegaskan untuk mendapatkan nasihat/rawatan Doktor bertauliah…

Ø Cek perut anak samada kembung atau tak. Kalau kembung, macam prosedur biasa, sapukan minyak telon atau minyak yuyi cap limau kat perut. Jgn banyak nanti panas. Saya gunakan minyak yuyi untuk anak2 saya. Kalau minyak pun tak jalan, golek2 kan perut baby di kepala lutut kita. InsyaAllah anak akan mengeluarkan bunyi `brooot...’tak lama lepas tu dan boleh tido lena. Cara pegang anak sambil golek2 kat lutut tu tak dapat la nak buat praktikal dlm entry ni.


Ø Bukan sebab kembung, tapi badan anak terasa panas. Cek suhu badan anak dulu. Kalau dok kat Mesia ni, cuaca dah semakin panas, walaupun di malam hari. Jadi, rasanya tak perlulah nak gulung anak dengan kain berlapis-lapis, tak cukup pulak tu nak selimut lagi. Sian anak kepanasan. Sebab tu lah tdo pun tak lena, merengek-rengek. Tak percaya, kalau kat rumah tu panas dan takde aircond pulak, cuba bawa anak naik keta pasang aircond `pusing2 round'(bak kata syifa). Test tengok, anak tido ke tak. Kalau rumah takde aircond, pasang kipas pun tak jalan, bedung lah anak dengan kain lampin tanpa memakai baju dan seluar. Cukup sekadar pampers dan kain lampin bedung.


Ø Kalau bukan sebab kembung atau kepanasan, common problems yang dihadapi oleh ibu-ibu yang melahirkan anak-anak yg besar (saya la tu) adalah masalah tak cukup susu badan. Rasanya semua org tahu, susu badan ada, anak kena selalu hisap supaya susu akan generate lebih banyak. Saya setuju dan sebenarnya, bukan masalah susu tak cukup, tp pada awal kelahiran bayi kadang-kadang puting susu kita tersumbat. Susu berkumpul sampai bengkak, tapi tak dapat keluar laju. Anak pun dah penat menghisap, last2 tertido atau meronta tanpa kenyang sepenuhnya. Untuk mengatasi masalah ni, bolehla dapatkan khidmat mengurut drpd bidan yg pakar. Kalau susu tak cukup jugak, anak menangis tak berhenti, pandangan peribadi saya, belila juga susu formula (back up) untuk menampung susu yg tak cukup tu. Takkan nak biar je baby nangis tak berenti atau takkan nak biarkan kita keletihan tak tido malam. :)

Bagi yang ingin menggunakan botol susu, cubala dapatkan botol susu anti-colic yg byk terdapat di pasaran sekarang. Saya gunakan botol Dr Brown’s dan juga Anakku Anti Colic Bottle. Banyak lagi brand2 lain di pasaran. Boleh cuba jaya mana yg paling sesuai.

Kadang-kadang, bila baby ni dah dimulakan dengan susu formula ’melalui botol’, kita jadi malas nak bagi susu badan. Cuba elakkan dengan cara mengepam susu badan kita selalu untuk elakkan susu badan terus kering. Saya gunakan breast pump Avent manual yang memang bagus dan menyenangkan (credit to Siti yg tolong belikan kat e-bay). Kalau alat pump tak selesa pun akan jadi faktor kita malas nak pump. Akhirnya susu badan terus kering. Sian anak kena minum susu lembu je.

Hmm..apa lagi yea...Setakat ni dulu yang saya ingat. Kalau ada lagi saya akan create entry lain bertajuk more and more and more to share.

This entry is specially dedicated to all my friends and colleague who is mother and father to be very soon. Anak adalah anugerah dan harta yang tidak ternilai harganya pemberian Yang Maha Esa. Semoga kita sama-sama dapat menjaga anugerah ini dengan sebaik-baiknya.

Anak sekecil ini, suci dan bersih..tanggungjawab ibu bapa mencorakkan mereka

~A mother, who is really a mother, is never free~
AHAR