Friday, November 8, 2013

Horse riding activity in Taiping Lake Garden

Antara acara sukan yang sangat popular pada zaman Rasullullah SAW adalah seperti memanah dan menunggang kuda serta berenang.

Manfaat menunggang kuda boleh diperolehi dari kepala hinggalah ke kaki. Menunggang kuda boleh merangsang seluruh anggota tulang rangka, otot-otot, sistem penghadaman, sistem saraf, sistem voluntary dan involuntary, organ perkumuhan, ransangan kepada organ seksual supaya semakin sihat dan mampu mencerahkan mata akibat ransangan terhadap sistem saraf kranial.

Disamping mendedahkan anak-anak dengan amalan pemakanan sunnah, saya juga berhajat untuk mendedahkan anak-anak dengan aktiviti kegemaran Rasullullah SAW.



~MashaaAllah~
Fatin feeding the hungry horse
Some info regarding the prices...



Feel free to visit Taiping Lake Garden. There are so many activities to try on. :-)

Friday, September 6, 2013

Butterfly in stomach ~ Turkey 2013

Istanbul, 2013

Rama-rama tetap nak bertempek kat perut aku walaupun ni merupakan pembentangan kertas kajian aku yang ke-7. Apanakjadida...

N3 ni sebenornye nak promote travel blog sorang pakcik ni. Katanya waris Ibn Battuta. MFS the explorer giteww. Eh yeke?? Mohle kite terrjah ! Klik2 anda mampu menderma ke tabung kembara ilmu beliau :-)

Turkey merupakan sebuah negara yang hebat terutama dengan sejarah dan keseniannya. Disebabkan aku ni sedikit 'buta' sejarah, yang lebih terkesan adalah rekabentuk dan seni ukiran bangunan (terutama masjid) yang sangat amazing. Negara ke-2 yang membuatkan aku terpesona lepas melawat Rome, Italy pada tahun 2007 yang lalu.


Turkey di sempadani oleh 8 buah negara dan di kelilingi oleh 6 buah lautan. Merupakan negara yang berada di dalam lokasi geografi yang sangat-sangat strategik kerana merupakan laluan pertembungan antara Eropah dan Asia (pertembungan 2 budaya - Barat dan Timur). Yang lebih penting dan menarik kalau kita memahami kronologi kelahiran peradaban-peradaban utama antaranya Empayar Byzantine dan Empayar Uthmaniyyah dan melihat hasil tinggalan empayar tersebut dalam setiap aspek.  Jom dengar cerita tentang kehebatan Turkey daripada seorang 'history lover' tahap lover petala ke-7...:P

http://warisalbattuta.blogspot.com/search/label/Turkey

Time kaseyy..


Thursday, August 22, 2013

Surah hafazan Syifa ke 17

Syifa memperdengarkan surah Asy-Syams yang mama sendiri pun tak hafal sepenuhnya. Mashaa Allah..



*****************************************
Solat Dhuha...
Kunci rezeki
Kunci kejayaan dalam menggapai keberkatan
Kunci untuk sentiasa berasa cukup dalam kehidupan

*****************************************

Seperti mana semua ibu-ibu lain, saya juga inginkan anak-anak saya terang hati, diberikan kefahaman sepertimana kefahaman para Nabi dan kehafalan sepertimana kehafalan para Rasul. Sebagaimana mama Darwish&Darwisya yang mempunyai target agar anak2nya boleh membaca Al-Quran dan menghafaz 30 surah Al-Quran ketika umur 3 tahun, saya juga memasang niat begitu. Bersyukur masih diberikan kesedaran, walaupun kesedaran wujud ketika usia SAZ telahpun menginjak ke 6 tahun, manakala FT 2 tahun.

Sedikit perkongsian berkaitan hafazan untuk anak-anak bagi ibu-ibu yang berkerja 8pg hingga 6 ptg :-) :

  • SAZ telah didedahkan dengan hafazan surah mudah ketika usia 4 tahun. Walaubagaimanapun SAZ tidak diberikan jadual hafazan dan penekanan saya untuk hafazan agak tidak konsisten. Pada usia ini, 1 ayat dalam surah tertentu akan dipecahkan kepada beberapa pecahan untuk memudahkan hafalan dan biasanya dalam 1 hari, hanya 1 atau 2 pecahan daripada 1 ayat sahaja yang mampu dihafalnya.
  • Ketika usia 5 tahun, pecahan daripada potongan ayat yang mampu dihafalnya meningkat. SAZ akan membaca ayat tersebut berulang kali dengan melihat terlebih dahulu sebanyak lebih kurang 10 kali, diikuti dengan membaca ayat tersebut sambil menutup mata sebanyak yang mungkin sehingga betul-betul ingat. Setiap kali melangkah ke ayat hafazan baru, SAZ akan ulang membaca ayat-ayat lepas yang telah dihafalnya. Surah-surah lain yang telah dihafal akan diulang baca sekurang-kurangnya setiap 3 hari bagi mengelakkan daripada lupa. Saya juga selalu mengingatkan SAZ agar membahagikan surah-surah hafazan tersebut dalam bacaan solat 5 waktu nya. 5 waktu solat sehari bermakna 10 surah hafazan akan diulangnya setiap hari. 
  • Ketika usia 6 tahun, SAZ mampu menghabiskan 1 ayat lengkap setiap kali menghafaz dalam sehari. Walaupun nampak macam boleh tambah lagi ayat hafazan, saya tidak memaksa. Kalau dia rasa nak tambah, dia boleh teruskan.
  • SAZ baru menginjak ke usia 7 tahun pada 28 June yang lepas. Ketika ini, 17 surah Al-Quran telah dihafalnya. Dan pada usia ini, nampaknya dia sudah boleh membuat hafazan sendiri tanpa saya perlu berada disisinya. Apabila selesai mengingat, otomatik SAZ akan datang kepada saya dan membacanya di hadapan saya. Hanya apabila ada surah2 yang ayatnya agak sukar, saya akan membaca untuknya terlebih dahulu dan membantu untuk SAZ ingat. Dan sekarang SAZ nampak lebih bersemangat untuk terus menghafaz kerana sudah banyak surah yang dia mampu hafal tetapi saya tak mampu :-(. Sekarang juga saya lihat, bilangan ulangan untuk mengingat sesuatu ayat telah berkurang, menunjukkan otaknya sudah mampu mengingat ayat Al-Quran dengan lebih pantas. Saya percaya semuanya disebabkan hidayah yang Allah berikan kepada SAZ atas usahanya dan istiqamahnya.

Waktu hafazan SAZ hanyalah selepas Maghrib selama lebih kurang 20 minit sahaja. Dan hafazan bukanlah setiap hari, kerana SAZ juga perlu mengaji Al-Quran di rumah. Dan selepas itu, SAZ perlu menyiapkan kerja sekolahnya dan juga ulangkaji pelajaran (buat latihan) sebelum solat Isyak. Saya tidak meletakkan target untuk SAZ cepat menyelesaikan hafazannya, tetapi sudah memadai dengan menyelesaikan hafazannya tanpa tekanan.

Galakkan anak-anak supaya minat menghafaz dengan cara beri mereka lihat klip2 youtube/video kanak2 memperdengarkan bacaan hafazan. Begitu juga dengan membeli CD bacaan ayat Al-Quran yang dibaca oleh kanak-kanak dan dipasang di dalam kereta atau radio di rumah. Dengan harapan mereka akan lebih teruja untuk menjadi seperti kanak-kanak ini. Mama darwish&darwisya banyak memberikan tips yang baik untuk dicontohi kerana telah terbukti targetnya telah tercapai ketika anaknya berusia 3 tahun.

Jika dilihat kronologi, agak penat dan memeritkan pada awal-awal dahulu. Ditambah pula SAZ agak sedikit lambat bercakap dan sedikit lambat mengenal huruf. Pendekatan perlu disesuaikan dengan kemampuan anak-anak.

Dan sesungguhnya saya masih dalam proses mengenali pendekatan yang terbaik untuk anak ke2 yang amat berbeza. FT boleh bercakap dengan lancar seawal 1 tahun setengah. FT jenis yang inginkan sesuatu dengan cepat (kalau lambat dia protes). Mampu menghafaz keseluruhan bacaan dalam solat seawal usianya 3 tahun. Bagaimanapun agak sukar untuk mendisiplinkan FT supaya focus ketika melakukan sesuatu perkara. 

Agak sukar untuk memulakan sesuatu perkara yang baik, tetapi jika dimulakan dan melihat hasilnya, Subhanallah...

~AHAR

Monday, July 22, 2013

Travel blog

In conjunction of MFS 'tet' birthday today, I officially announce the launched of his 'Travel Journal'. Travelling is one of his interest, passion and enthusiasm. He did thorough research on every places he visited. Something to lose if he does not share his experiences I guess. So there it goes.

http://warisalbattuta.blogspot.com/

And the journey will keep going, InshaaAllah..(dengan izinNya)

Btw, there is a deferred post that I have promised to create. It is all been told precisely in Koh Panyee Visit. Enjoy reading, and I hope it may benefit everyone accordingly.

Monday, July 15, 2013

The syndrome

I am going to cry as much as I can if I can complete this. :-(
I am totally upside down.

#Sorry viewers, this is just another syndrome. Do not get yourself stuck into this.#

Terapi terbaik adalah solat dan doa.

"Ya Allah, jadikanlah kelapangan dan jalan keluar untukku dari setiap perkara yang membuatkanku sedih dan susah dalam urusan dunia serta akhiratku. Berikanlah aku rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Ampunilah dosa-dosaku. Mantapkanlah harapanku padaMu dan putuskanlah harapan itu selain Mu, agar aku tidak pernah berharap kepada sesiapapun selain Engkau."

(Doa Nabi Yusuf ketika dalam keresahan & kebingungan)


****Another expression of feelings by a women who ONLY scored 2A's in UPSR, 5A's in PMR and 15 aggregate in SPM****

Tuesday, April 30, 2013

Depa dah besaq !

Tihani
Pada masa Tihani besaq tu ^...
Zahra besaq ni >...

Zahra
Mashaa Allah, Alhamdulillah.

Wednesday, April 24, 2013

Fatin, an independent researcher!

Budak manja ni..

Her masterpiece


Well done kakak. She won 1st place grand prize for this. So not like mama.
Taman Rekreasi Batu Hampar Lubok Buntar, Kedah


Wednesday, March 20, 2013

Syifa's new look

Syifa's school was having vision screening on couple of weeks ago. She brought home a referral letter and we immediately went to see the optometrist. I know I had been delayed for Syifa's eye check-up since last time she was nearly fainted.

A couple of signs that Syifa had shown us:

i) She frequently rub her eyes.
ii) She easily despair when playing 'Spot the Different Games' and 'Hidden Object Games' - she had poor focusing.
iii) She had told us about her inability to see objects at a distance in classrooms.
iv) Tired sign when she came back from school.
v) She encountered frequent headaches.
vi) She experienced almost fainted in playground - perhaps due to sweltering conditions.

All of the above signs had triggered me to bring her for vision check-up. But as I said, I kept on delaying until eventually school's was having the screening.

Parents who wore eyeglasses or more precisely having eye problems, the tendency for their kids to have it too is high. In a review by Dr. Lowery (the chief of pediatrics at Pacific University College of Optometry in Forest Grove, Oregon), she mentioned that nearsightedness and farsightedness have a strong genetic component, especially if both parents are nearsighted or farsighted. Although, others may be influenced by environmental or other factors.

Para ibu bapa yang sememangnya mengalami masalah penglihatan 'mungkin' lebih sensitif akan masalah penglihatan anak-anak mereka. Tetapi yang tidak mempunyai masalah mata juga, diharapkan agar tidak memandang ringan akan perubahan pada diri anak-anak masing-masing agar proses mengubati tidak terlewat dan tidak merebak. Hatta, yang dah ada pengalaman pun masih bertangguh...apekah..:-(

Pesanan untuk diri seniri: Makan sayur dan buah banyak-banyak ye... Support dengan vitamins supplement untuk anak-anak yang agak syushah nak telan sayoq (sayur) tu. Potong sayoq tu kecik2 gaul dalam nasi sehingga sebati..erk

Sekian daripada penganalisis masalah mata yang tak bertauliah...




Anak-anak baru balik sekolah masing-masing (kakak 7 tahun, adik 3 tahun)

Wednesday, March 13, 2013

Sori kakak..mama tak alert

Symptoms dah banyak, tapi mama masih bertangguh. Sampai dapat referral letter dari sekolah. Its about my daughter's vision. Picture and slight enlightenment about kids vision will be uploaded later, Inshaa Allah.

Tuesday, January 29, 2013

Ada bahagian orang lain dalam rezeki yang kita peroleh

"Kak, kereta saya yang kena langgar haritu dah ok. Duit akak ada baki lagi RM50. Nanti kak call saya, saya pulangkan balik duit tu." ..

Aku reply..
"Alhamdulillah dah ok, nasib baik tak teruk. Takpalah, duit balance tu buat makan2."

Syukur Alhamdulillah, orang lain yang aku terpaksa kongsi rezeki untuk gaji bulan ni adalah di kalangan orang yang baik-baik, berhati mulia dan telus. Aku redha dan senang hati. Aku bagi RM100 tapi RM50 je dah cukup untuk repair kereta dia. Semoga anak muda yang aku terlanggar sipi kereta dia tu mendapat keberkatan hidup dunia akhirat.


**Pertama kali terlanggar kereta orang selepas 15 tahun memandu.