Thursday, December 29, 2011

Amekkaww !

This morning...

Aku:  Encik, saya student baru Dr ...., boleh saya tau kat mana ultrasonic stirrer?
Technician : (Sambil bawak aku) Yang ni..
Aku: (Awat takdak tempat letak probe ni..) Encik, katmana nak letak probe?
Technician:Yang ni awk letak ja bekas dlm air ni dan kacau sendiri..
Aku: oo...Encik, kat lab ni ada berapa jenis alat untuk mix chemical liquid?
Technician: Kita ada ..bla..bla..bla..
Aku: Saya rasa saya nak guna mechanical stirrer ni lah..boleh dak saya nak guna ni sebagai probe utk kacau? (Sambil bawak keluaq chopstick bamboo..bukan aku nak buat lawak, mmg aku serius nak kacau pakai chopstick tu supaya senang lepaih guna baling tong sampah terus)
Technician: (senyum menyindir) Awk ni student mstr ke phd? Byk benda awk taktau? Awk belajaq kat mana dulu?
Aku: Mintak maap cik, sy tak pernah masuk lab ni. Sy student ..., belajaq dulu kat UTHM & UK . (Buat muka kesian).
Technician: UTHM..ape tu?? Hmmm UK (sambil tersengih)
Aku: UTHM tu kat bla..bla.. (Yalah..Belajaq sampai UK tapi tanya soalan bodoh gamaknye..)
Technician: (Pi masuk bilik dia ambik probe mech stirrer tu tadi). Ni probe dia, tapi selalunya student beli sendiri sebab..bla..bla..bla..(dia dok bagi ceramah dekat 5 minit pasai probe tu). Sy bukan takmau bagi probe ni, tapi lepaih guna kena bagi bersih, licin macam ni jugak.
Aku: (walaweiii....) Takpala encik, saya balik dulu, clearkan dulu saya nak guna yang mana. Byk benda saya nak kena ambik tau lagi ni (aku bercakap dgn penuh rendah diri dan sopan santun sintun).


Huh..baik aku pi beli probe sendiri, silap aribulan probe tu rosak naya aku. Ha..amekkaw, dulu bukan main sedap bg arahan kat student, " ok..awk campur ni campur ni..pastu masukkan filler ni..kacau sekian sekian rpm, set masa 10 minit." Bende senang setakat nak kacau ni pun aku dah kelam kabut.

I do need learning by doing. Skills can't be earned through only by reading. Need to do more field work to test my knowledge.

What a decent therapy I have today.. :)