Di suatu malam selepas maghrib..
Adik jatuh dari sofa, kepala dulu dalam keadaan mengiring. Uwaaaaa....(sekuat hati sambil pegang kepala)
Mama: Kakak!!! kakak duduk tepi adik kenapa tak sambut adik!! Kakak tak sayang adik ke!! (Sambil memeluk erat adik untuk menenangkannya. Air mata mama dah menitik. Sebelah tangan lagi cubit peha dan telinga kakak)
Kakak: (Lari menyorok bawah meja sambil teresak-esak..)
Abah: Kakak kecik lagi..tak sengaja tu..
***********************************
Suasana dah kembali tenang bila adik dah kembali tersenyum dan gelak-gelak.
Mama: Tadi kenapa kakak tak tolong selamatkan adik?
Kakak: (Dalam dok ceria main dengan adik, air mata dia menitik). Mama jangan marah kakak. Kalau marah nanti Allah tak sayang. Masuk api neraka. Kakak sayang mama..
Mama: (Peluk kakak sambil bagi penjelasan kenapa dia kena marah..dan juga minta maaf pada kakak sebab tanpa fikir panjang mama cubit dia)
Oh Allah, please make my Syifa a good muslimah and please make her never miss her solat. Amin..
**SAZ, anak yang lembut hatinya dan sangat sensitif. Setiap teguran perlu dibuat secara lembut dah berhemah.