Tanggal 1/01/2011, barang2 saya selamat mendarat di rumah sewa baru di Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Mendarat menggunakan penggangkutan darat, iaitu lori 20 footer yang sarat tak terperi. Tahniah kepada team lori sebab hasil perancangan logistik yang amat2 baik, semua barang2 berjaya dinaikkan, disumbatkan, dipadatkan dengan jayanya. Kalau saya yang jadi logistik manager saya rasa mesti ada brg yang kene tinggal sebab tak muat. Well done..well done..Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan berbanyak2 terima kasih kepada anak2 didik saya dan suami seramai 12 orang yang bertungkus-lumus membantu mengangkat barang2 kami terutamanya menghadapi cabaran ketika menurunkan almari-almari dari tangga rumah yang curam dan tinggi itu. Gambar memang takdala memandangkan saya sendiri dalam keadaan yang agak kelam kabut menguruskan kakak yang lasak dan adik yang manja tak hengat..
Januari, 3hb merupakan tarikh saya dan suami memulakan pengajian di USM Transkrian. Alhamdulillah proses pendaftaran berjalan dengan lancar. Segala urusan disempurnakan dalam masa lebih kurang 2 jam. Sebaik selesai mendaftar, diberikan opis di bilik post-grad, kami terus kembali ke rumah bagi menyelesaikan urusan2 rumah dan menjaga si kecil FT yang tak sihat sejak kami berpindah. Sehingga ke hari ini, dah 3 minggu fatin masih tak sihat malah bertambah pula dengan 'sakit mata' yang teruk menyebabkan saya juga tidak dapat fokus dgn study sepenuh masa di opis ketika waktu bekerja. Kerja-kerja yang perlu dibuat hasil perbincangan dengan sv dan co-sv dah banyak yang menanti, tapi saya masih belum mendapat rentak. Saya juga diberi tugasan untuk mengajar lab pelajar undergraduate bagi subjek Metallurgy.
Januari juga merupakan bulan kelahiran FT yang pertama, iaitu pada 7/01/2011. Sebijik kek besar SR tu dihabiskan dengan jayanya oleh kakaknya, SAZ dalam masa 3 hari sahaja. Memanglah boleh dikategorikan sebagai penggemar kek tegar. Happy Birthday sayang ! Walaupun adik sambut birthday pertama dalam keadaan tak sihat, tapi adik tetap ceria lari sana sini dan mama dah bagi green light untuk adik pakai kasut kat luar rumah untuk jalan-jalan. Bagi FT, banyak perkara yang saya tak sempat nak risau dari segi perkembangannya memandangkan kebolehannya meniarap, merangkak, berjalan, tumbuh gigi, dan respon lebih cepat berbanding yang saya jangkakan satakat ini.
23 Januari pula rumah Abah n Mama di Taiping dimasuki pencuri ketika mereka berada di KL. Antara barang yang dicuri adalah TV LCD, anniversary coins, jam tgn yang dah rosak, hset yang dah rosak, NESCAFE paket, SUSU PEKAT dan COKLAT dalam peti ais.WHAATTT! susu pekat, nescafe n coklat pun dah jadi bahan curi ke la ni. Oohh ok, mungkin harga barang2 tu pun dah naik sekarang ni yea dan pencuri tak mampu nak beli. Syukur segala duit, brg kemas, dokumen penting abah bawa ke KL. Syukur juga abah dan mama selamat.
Itulah cerita Januari saya..Semoga anda semua mempunyai Januari yang gembira dan bermanfaat.
Gambar bawah adalah anak saudara saya yang terbaru. Adam Faris, anak ke-3 abang & kakak ipar saya. Dilahirkan pada 27 November 2010. Adam dan Fatin sebaya umur mereka. Dua-dua dilahirkan tahun 2010.
Sebaya tapi tak serupa
Adam tengok Fatin. Tunggulah saya besaq esok2..
p/s; ada tips nak cepatkan sembuh sakit mata tak??