Tuesday, January 29, 2013

Ada bahagian orang lain dalam rezeki yang kita peroleh

"Kak, kereta saya yang kena langgar haritu dah ok. Duit akak ada baki lagi RM50. Nanti kak call saya, saya pulangkan balik duit tu." ..

Aku reply..
"Alhamdulillah dah ok, nasib baik tak teruk. Takpalah, duit balance tu buat makan2."

Syukur Alhamdulillah, orang lain yang aku terpaksa kongsi rezeki untuk gaji bulan ni adalah di kalangan orang yang baik-baik, berhati mulia dan telus. Aku redha dan senang hati. Aku bagi RM100 tapi RM50 je dah cukup untuk repair kereta dia. Semoga anak muda yang aku terlanggar sipi kereta dia tu mendapat keberkatan hidup dunia akhirat.


**Pertama kali terlanggar kereta orang selepas 15 tahun memandu.