Thursday, September 3, 2009
Ramadhan kembali...
Salam Ramadhan untuk semua. Walaupun kita hampir berada di pertengahan. Ampun maaf zahir dan batin.
May Allah gives us all strength during this blessing month.
Sunday, May 10, 2009
Family Vacation to North Sumatera
A narrow waterfall in the Karo Highlands: Sipiso-piso Waterfall~falling from a height of 360 feet. 45 minutes journey from Brastagi. Impressive.
Lake Toba view from Parapat
Taking ferry to Samosir Island
Lake Toba~ A Lagendary Lake
Our second night stay ~ Toledo Inn, Samosir Island
Bye-bye Samosir ...
Samosir : The largest island within an island & the fifth largest island in the worldGood Bye Lake Toba....
Masjid Raya, Medan : Built in 1906
Everyone can fly ~ Flew off to Malaysia Tanah Air Tercinta
Friday, April 17, 2009
Wednesday, April 8, 2009
All happened in a weekend
1 pm on Friday ~ drove off to Taiping to make sure we arrive on time (Tahlil untuk kenduri my cousin)
7 pm ~ Get there (Rumah Mak Tam). MFS memecut kereta dengan purata kelajuan 150km/jam (nasib baik tak sampai surat saman).
11 pm ~ Tahlil habis, balik rumah opah & wan, terus tersadai kepenatan dan tdo...
SATURDAY
7 am ~ Bangun pagi, pusing2 cruise satu rumah (dah sebulan lebih tak balik kpg)
9.30 am ~ Pegi dewan, persiapan untuk wedding my counsin (Bib)
5 pm ~ Kenduri habis, balik rumah wan & opah
8 pm ~ Layan MU vs Liverpool (best woo..)
11 pm ~ Tito....
SUNDAY
8 am ~ Kemas rumah sikit2, siap2 beg nak balik Johor
11 am ~ Pi pekena mee udang Kuala Sepetang
1 pm ~ Bertolak ke Johor tapi singgah Sabak Bernam tengok anak buah yang baru lahir
4 pm ~ Sampai Sg Besar...Syifa excited dapat tengok baby Nurul Najwa dan jumpa kakak Jiha.
6 pm ~ Bertolak balik ke Parit Raja
12 midnight ~ Sampai rumah...
Wednesday, March 25, 2009
~from taiping with love~
Nak tengok gamba lagi ke ?? Iskh..iskh...tak boleh..kena pi try test sendiri baru tau...
Takpelah, kasi can la 2-3 gambaq lagi..ehehehe
Sehingga menjilat sudu dan garpu
Cukup 10 ekoq
Kalau pi sana 1 bas, call dulu la booking tempat. Selalunya memang penuh all the time.
Ni nak promote sket..Tak dapat commision pung..
Open daily from 7 a.m to 11 p.m. ~ 05-8582270 / 012-3917507 / 016-5615798
p/s: kawan2 yang hantar komen, maaf saya tak boleh nak reply dlm column comment saya ni. Tak tahula kenapa. Anyway, thanks for the comment.
Thursday, March 19, 2009
**Results**
So nak tau apa latest score utk UTHM Sports Carnival?? Here we go…
Futsal - 4th place
Netball – 4th place.
Dua-dua kalah masa semi-final. Excellent achievements indeed. Well done girls ! Mana taknya, futsal 1st time kami main. Netball plak the only academic faculty yang masuk semi-final. Hok lain yang masuk semi sume pejabat am / pusat bukan akademik. Apa-apa pun memang enjoylah main ngan korang sume.
Jom kita saksikan mak-mak budak and budak2 nih beraksi tak hengat...bling bling ..
Pasukan yang mara ke separuh akhir 1..yang baju kaler merah tudung putih, team chemong's tau !
Muka2 kepenatan yang masih mampu tersenyum..Kalah pun seronok..Ngeehehe...
Counter beb ! Jangan kasi bolosss...!
Saturday, March 7, 2009
Busy mode..
Ramai gak yang tanya bila nak hapdate blog ni. Tunggu sat na..tengah tunggu gamba2 berkaitan isu-isu terkini daripada member lain. Sebab diri sendiri asyik terlupa nak bawa camera. La ni pun tgh nak dok pulun perabih karnival sukan tak habih2 lagi. Minggu depan kot baru habis. Futsal ngan netball dapat masuk semi final. Tu yang game dok meleret tak sudah. Kaki dah macam hape dah ni. Lebam sana, lebam sini. Ni kes fully utilize total potential energy dah ni. Tak larat dah, pasni nak zzzzzzzz.....
Ni lagi satu saya dok pulun buat jadual waktu untuk jabatan. Bukan boleh buat ikut sesedap hati dan selera macam pilih pizza. Suka2 hati nak pilih piza hawaiian ke, paperoni ke, thai ke, chicken delight ke... Umpama menarik rambut dalam tepung, rambut jgn bagi putus, tepung jgn selerak. Macam mana nak puas kan hati suma org..Lu pk lah sendiri..
Apa cite plak ayam sebelah umah saya nih?? Hmm..Ayam..Ayam..Jom makan ayam goreng!
Thursday, February 26, 2009
news updates~UTHM Sports Carnival
Tahun 2006, 2007 & 2008, saya terpaksa melupakan hasrat untuk berkecimpung dengan aktiviti ni memandangkan tahun 2006 saya pregnant, 2007 & 2008 saya further study dan Alhamdulillah tahun 2009 saya dapat sertai kembali. Saya ni takla terror pun, kalau terror mesti dah wakil sekolah zaman dulu2, atau wakil U atau join SUKMA/MASUM. Memandangkan kebolehan yg tak seberapa ni, jadila kan kalau dapat main represent my faculty pun..hehe..Yang penting saya enjoy dengan semua aktiviti sukan ni. Banyak kenangan untuk saya.
Bercerita tentang macam mana boleh timbul minat ni, saya nak merungkai lah sejarah silam keluarga saya ni, kisah anak Pak Rashid ni. Setiap kali bersukan, saya mesti teringat abah saya. Dan setiap kali dapat result sukan, saya mesti sms abah saya bgtau. Abah mesti hepi dengan anak pompuan dia sorang ni. Mana taknya, anak yg dia hanya train dekat court kat dalam kawasan rumah pada tahun 1993-1998 ni ingat lagi skill2 sukan yang dia ajar. Sapa yg dok dekat Kpg Jana Baru, Kamunting mesti tahu tau rumah Pakcik Rashid dah jadi macam kawasan belia 4B..ehehe..Dalam kawasan rumah kampung kami tula abah ambil inisiatif untuk set up badminton court, beli meja ping pong, beli carom, takraw, dan ada jugak ruang utk main tennis, racket dan bola semua complete. Boleh imagine la kan mcm mana keluasan rumah kampung. Anak2 abah, abah train sampai boleh main (abah ni tegas orangnya, saya selalu menangis kene marah kalau buat silap), sampai dapat skill/teknik yang betul, begitu juga abah akan galakkan anak2 muda kampung yg suka melepak, merempik dsbg nya untuk datang bersukan di rumah (Sib baik xde yg ngorat anak pak rashid nih J ). Memang tak dan nak ngoratla, sebab saya cuma main dengan abg & abah saya je, bila org lain datang, saya akan berkurung dalam rumah. Jadi, rumah Pakcik Rashid ni akan meriah la bila waktu petang dan juga malam. Nak main malam pun boleh, abah pasang lampu. Begitulah kisah rumah kami yg mmg havoc pada sekitar tahun yg saya nyatakan tadi. Kisah abah ni sebenarnye panjang lagi, sampai ada permintaan untuk dibukukan. Kalau anak2nya minat menulis, senang la sket nak dibukukan kisah abah ni. Kalau berborak dengan abah memang tak kering idea & cerita. Sejak abah mula masuk askar (1968), pencen dan sekarang abah terlibat dengan kerja-kerja amal bersama Mercy Malaysia. Pengalaman & pengorbanan abah tiada nilainya. Abah merupakan idola saya. Sifat-sifat abah yang tegas, sensitif dgn persekitaran, berdisiplin tinggi tetapi penyayang amat saya kagumi. Abah juga seorang ahli sukan pada zaman mudanya. Mungkin nanti boleh diadakan satu entry khusus tentang Mej (B) Hj Abdul Rashid bin Mahmud. Paling menarik sudah tentu pengalaman abah semasa berperang dengan komunis.
Berbalik kepada karnival sukan UTHM 2009, pada asalnya, setiap kali karnival berlangsung, saya cuma register untuk tenis, pingpong dan badminton sahaja. Tapi memandangkan atas permintaan sebab tak cukup corum utk game yg berpasukan, maka saya joinla jugak acara netball dan futsal. Rugila kalau team kalah hanya sebab tak cukup corum. Misi saya, alang2 dah main, biar main betul2. Walaupun saya bukannya tahu rules & regulations, serta takde skill main netball n futsal nih, tapi saya belasah jela, janji tahu, mission nak gol di pihak kita & tahan gol opponent. Setakat ni result tenis single (bronze), tenis double pompuan (silver), mix double tenis blom abis. Pingpong single wanita (gold), Badminton akan main 7mac ni. Netball baru pusingan ke-2, dan futsal akan main next week. Jadi kawan2, mari kita teruskan misi perjuangan dan semangat kesukanan kita ni. Menang, kalah no problem. Janji kita fight..eheheh..Tapi apa yg kita dapat bila habis sukan nih?? Adakah sekadar medal utk kita display kat opis? Tak....persahabatan kita makin bertambah rapat, hilang stress kita dengan kerja2 pejabat, peluh keluar, sihatkan badan, ceria2kan hidup kita. Sekali sekala kita dengan routine yang berbeza. Life is more cheerful & lively.
Friday, February 20, 2009
COUSIN's
They are closed playing together~Syifa & Najihah
Their cheeky faces
Over-excited
Thursday, February 19, 2009
mesti ada
Wednesday, February 18, 2009
My 1st entry
Hari ini hari yang bersejarah kerana blog ini telah tercipta. Sewaktu blog ni ditulis, saya sedang mengikuti kursus "Effective Blogging in Teaching & Learning". Selamat membaca dan melayari entry seterusnya...
Apa yang saya buat kat atas tu...Saya sedang test bagaimana cara untuk upload gambar dan edit saiznya. Ini adalah apa yang diminta oleh instructor saya.
Seterusnya...mari kita lihat...
Adakah saya berjaya pula untuk buat hyperlink...UTHM
Yess!!! saya berjaya juga. Adakah ini bermaksud saya telah pandai berblogging ??