Thursday, August 22, 2013

Surah hafazan Syifa ke 17

Syifa memperdengarkan surah Asy-Syams yang mama sendiri pun tak hafal sepenuhnya. Mashaa Allah..



*****************************************
Solat Dhuha...
Kunci rezeki
Kunci kejayaan dalam menggapai keberkatan
Kunci untuk sentiasa berasa cukup dalam kehidupan

*****************************************

Seperti mana semua ibu-ibu lain, saya juga inginkan anak-anak saya terang hati, diberikan kefahaman sepertimana kefahaman para Nabi dan kehafalan sepertimana kehafalan para Rasul. Sebagaimana mama Darwish&Darwisya yang mempunyai target agar anak2nya boleh membaca Al-Quran dan menghafaz 30 surah Al-Quran ketika umur 3 tahun, saya juga memasang niat begitu. Bersyukur masih diberikan kesedaran, walaupun kesedaran wujud ketika usia SAZ telahpun menginjak ke 6 tahun, manakala FT 2 tahun.

Sedikit perkongsian berkaitan hafazan untuk anak-anak bagi ibu-ibu yang berkerja 8pg hingga 6 ptg :-) :

  • SAZ telah didedahkan dengan hafazan surah mudah ketika usia 4 tahun. Walaubagaimanapun SAZ tidak diberikan jadual hafazan dan penekanan saya untuk hafazan agak tidak konsisten. Pada usia ini, 1 ayat dalam surah tertentu akan dipecahkan kepada beberapa pecahan untuk memudahkan hafalan dan biasanya dalam 1 hari, hanya 1 atau 2 pecahan daripada 1 ayat sahaja yang mampu dihafalnya.
  • Ketika usia 5 tahun, pecahan daripada potongan ayat yang mampu dihafalnya meningkat. SAZ akan membaca ayat tersebut berulang kali dengan melihat terlebih dahulu sebanyak lebih kurang 10 kali, diikuti dengan membaca ayat tersebut sambil menutup mata sebanyak yang mungkin sehingga betul-betul ingat. Setiap kali melangkah ke ayat hafazan baru, SAZ akan ulang membaca ayat-ayat lepas yang telah dihafalnya. Surah-surah lain yang telah dihafal akan diulang baca sekurang-kurangnya setiap 3 hari bagi mengelakkan daripada lupa. Saya juga selalu mengingatkan SAZ agar membahagikan surah-surah hafazan tersebut dalam bacaan solat 5 waktu nya. 5 waktu solat sehari bermakna 10 surah hafazan akan diulangnya setiap hari. 
  • Ketika usia 6 tahun, SAZ mampu menghabiskan 1 ayat lengkap setiap kali menghafaz dalam sehari. Walaupun nampak macam boleh tambah lagi ayat hafazan, saya tidak memaksa. Kalau dia rasa nak tambah, dia boleh teruskan.
  • SAZ baru menginjak ke usia 7 tahun pada 28 June yang lepas. Ketika ini, 17 surah Al-Quran telah dihafalnya. Dan pada usia ini, nampaknya dia sudah boleh membuat hafazan sendiri tanpa saya perlu berada disisinya. Apabila selesai mengingat, otomatik SAZ akan datang kepada saya dan membacanya di hadapan saya. Hanya apabila ada surah2 yang ayatnya agak sukar, saya akan membaca untuknya terlebih dahulu dan membantu untuk SAZ ingat. Dan sekarang SAZ nampak lebih bersemangat untuk terus menghafaz kerana sudah banyak surah yang dia mampu hafal tetapi saya tak mampu :-(. Sekarang juga saya lihat, bilangan ulangan untuk mengingat sesuatu ayat telah berkurang, menunjukkan otaknya sudah mampu mengingat ayat Al-Quran dengan lebih pantas. Saya percaya semuanya disebabkan hidayah yang Allah berikan kepada SAZ atas usahanya dan istiqamahnya.

Waktu hafazan SAZ hanyalah selepas Maghrib selama lebih kurang 20 minit sahaja. Dan hafazan bukanlah setiap hari, kerana SAZ juga perlu mengaji Al-Quran di rumah. Dan selepas itu, SAZ perlu menyiapkan kerja sekolahnya dan juga ulangkaji pelajaran (buat latihan) sebelum solat Isyak. Saya tidak meletakkan target untuk SAZ cepat menyelesaikan hafazannya, tetapi sudah memadai dengan menyelesaikan hafazannya tanpa tekanan.

Galakkan anak-anak supaya minat menghafaz dengan cara beri mereka lihat klip2 youtube/video kanak2 memperdengarkan bacaan hafazan. Begitu juga dengan membeli CD bacaan ayat Al-Quran yang dibaca oleh kanak-kanak dan dipasang di dalam kereta atau radio di rumah. Dengan harapan mereka akan lebih teruja untuk menjadi seperti kanak-kanak ini. Mama darwish&darwisya banyak memberikan tips yang baik untuk dicontohi kerana telah terbukti targetnya telah tercapai ketika anaknya berusia 3 tahun.

Jika dilihat kronologi, agak penat dan memeritkan pada awal-awal dahulu. Ditambah pula SAZ agak sedikit lambat bercakap dan sedikit lambat mengenal huruf. Pendekatan perlu disesuaikan dengan kemampuan anak-anak.

Dan sesungguhnya saya masih dalam proses mengenali pendekatan yang terbaik untuk anak ke2 yang amat berbeza. FT boleh bercakap dengan lancar seawal 1 tahun setengah. FT jenis yang inginkan sesuatu dengan cepat (kalau lambat dia protes). Mampu menghafaz keseluruhan bacaan dalam solat seawal usianya 3 tahun. Bagaimanapun agak sukar untuk mendisiplinkan FT supaya focus ketika melakukan sesuatu perkara. 

Agak sukar untuk memulakan sesuatu perkara yang baik, tetapi jika dimulakan dan melihat hasilnya, Subhanallah...

~AHAR

5 comments:

  1. Subhanallah! Masya Allah. Well done Saz n Ft! Good job, Rin. Tq for the tips n info..izu pon tgh try jg tp mmg mcabar! Doakan izu jg ye dear..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaaAllah..moga niat yang baik dipermudahkan..

      Delete
  2. Alhamdulilah.. sekejap aje masa berlalu.. Syifa dah besar.. InsyaAllah panjang umur berjumpa kita tidak lama lagi.. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum, saya singgah di blog ini. tertarik dan kagum dengan usaha puan mendidik dan memandu anak menghafaz quran, moga dapat saya praktikkan juga

    jemput ke blog sy http://ummuamar.blogspot.com

    ReplyDelete